Tuesday, 18 September 2012
Sunday, 16 September 2012
TIPS BELAJAR DARI DR.FADZILAH BAH 2
ASSALAMUALAIKU...
Jom sambung tips belajar hari tu..^_____________^ Rugi tak buat..he..he..jangan lupa like dan share yup..


Jom sambung tips belajar hari tu..^_____________^ Rugi tak buat..he..he..jangan lupa like dan share yup..
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji:
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran


bye..bye..
TIPS BELAJAR DARI DR.FADZILAH BAH 1
ASSALAMUALAIKUM.....SALAM UKHWA :)

hari ini kami nak share beberapa tip dari DR.FADZILAH..Nak berjaya tak??? kalau nak,ayuh ramai-ramai laksanakan strategi drastik ni!!

hari ini kami nak share beberapa tip dari DR.FADZILAH..Nak berjaya tak??? kalau nak,ayuh ramai-ramai laksanakan strategi drastik ni!!
- Belajar dengan menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10% apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

PELAJAR DAPAT BANTUAN ALLAH SEMASA PEPERIKSAAN!!
ASSALAMUALAIKUM...

Biasanya hujung-hujung tahun ni,tentu pelajar sedang sibuk belajar.Maklumlah,UPSR,SPM dan PMR dah dekat...begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun,Ada yang buat study group,ada yang sanggup ambil tusyen luar dan macam-macam lagi lah..tentu dalam persediaan ni ada banyak kekangannyaContohnya,masa kita tengah bersemangat nak study,mak panggil suruh buatkan susu adik ataupun baru nak keluar study group rumah kawan,ayah tak dapat hantar sebab motor rosak.ish..ish..ish..cobaan..ustaz pernah kata
hari ni nak kongsi kisah benar yang pernah berlaku pada seorang pelajar yang sangat beruntung..renung-renungkan^____^
Ceritanya begini :Biasanya hujung-hujung tahun ni,tentu pelajar sedang sibuk belajar.Maklumlah,UPSR,SPM dan PMR dah dekat...begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun,Ada yang buat study group,ada yang sanggup ambil tusyen luar dan macam-macam lagi lah..tentu dalam persediaan ni ada banyak kekangannyaContohnya,masa kita tengah bersemangat nak study,mak panggil suruh buatkan susu adik ataupun baru nak keluar study group rumah kawan,ayah tak dapat hantar sebab motor rosak.ish..ish..ish..cobaan..ustaz pernah kata
"kalau banyak dugaan yang datang pada kita,,itu tandanya orang berjaya.."
hari ni nak kongsi kisah benar yang pernah berlaku pada seorang pelajar yang sangat beruntung..renung-renungkan^____^
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
wassalam..jangan lupa like dan share :)
Friday, 14 September 2012
RESEPI KEK MOTIVASI UASAHA TANGGA KEJAYAAN
BAHAN-BAHANYA:
- 250gm semangat
- 250gm daya usaha
- 100gm kesabaran
- 200gm keimanan
- 150gm keinsafan
- 150gm pengorbanan
- 150gm(Campuran akhlak mulia)
- 100gm rasa bertangungjawab
- 100gm senyum secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.Masukan daya usaha da kesabaran sehingga sebati.Masukan keinsafan sedikit demi sedikit dan biarkan adunan menjadi lembut.Setelah itu campurkan keimanan,rasa tangungjawab dan campuran pengorbanan.Kemudian hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian dibakar dangan tenaga yang berterusan.Untuk memperolehi kek yang cantik dan elok,jauhilah kek ini dari air mata putus asa walaupun setitik.
PERHATIAN:
PETUA MENDENGAR DENGAN BAIK
- Berfikir secara terbuka
- Mula mendengar dari percakapan yang pertama
- Beri tumpuan pada apa yang diperkatakan
- Carilah makna dari apa yang dicakapkan
- Jangan menganggu ketika orang sedang bercakap
- Tanya soalan yang menggalakkan percakapan
- Gunakan non-verbal komunikasi seperti mimik muka,air muka,tingkahlaku dan sebagainya untuk menunjukkan minat dan kefahaman
- Jangan cepat melenting terhadap percakapan yang beremosi,elakkan dari membuat kesimpulan dengan cepat
TENTANG KAMI
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
DEFINISI
TINDAL DAN GRAY,1985
*Kaunselor sebaya ialah seorang individu,sama ada berdasarkan pilihan sendiri ataupun dipilih,memainkan peranan orang yang memberi pertolongan kepada rakan-rakan yang sebaya denganya.Mereka ini bukanlah ahli profesional tetapi berupaya menggunakan kemahiran kaunseling untuk menolong rakan mereka
MYRICK DAN BOWMAN,1981
*Pembimbing rakan sebaya adalah individu yang masih bersekolah yang menggunakan konsep dan kemahiran menolong untuk membantu pelajar-pelajar lain,kadang-kadang orang dewasa,menjelajah beberapa alternatif(pilihan)di dalam satu-satu keadaan dan membuat keputusan yang berkesan dan bertangungjawab.
DOWNE,ALTMAN DAN NYSETVOLD,1986
*Kaunseling sebaya adalah satu proses di mana pelajar-pelajar yang telah dilatih dipilih untuk membantu menggerakan perkembangan diri yang berkesan dan sistematik di kalangan rakan-rakan serta menolong mereka membina kemahiran menghadapi sebarang desakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














